Sunday, June 8, 2014

Kek Hantaran

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki yang diberikan, terima kasih juga kepada pelanggan saya yang sudi menempah dari Saliha Sweet Home Cake.  Kepercayaan anda semua menjadi kekuatan kepada saya untuk lebih berusaha.

Tempahan kali ini saya terima dari Afifah Intan, beliau menempah cup cakes hantaran untuk majlis pertunangan jirannya dengan tema warna JDT.  Terima kasih




Sunday, June 1, 2014

Krim Puff dan Eclairs

Alhamdulillah... dapat juga saya menyiapkan update blog saya ini.  Blog saya tidaklah secanggih otai-otai yang memang pakar dalam bidang bakery seperti Azlita Masam Manis.  Saya hanyalah seorang blogger yang baru sahaja menceburi bidang ini.  Hasil kerja tangan saya tidak secantik mana masih dalam belajar lagi.  Saya memegang satu motivasi "AN ERROR MAKES US TO BE PREFECT" begitulah kata-kata orang yang tak seberapa pandai ni.  Saya juga percaya ini semua pinjaman dari Allah sahaja.

Syukur ya Allah atas pemberian yang tidak ternilai ini.

Untuk entri yang terakhir order dari sahabat saya Saadah untuk minum petang katanya.



Kek Hari Lahir / Birthday Cakes

Alhamdulillah....  tempahan ini saya terima dari Faezah untuk majlis hari lahir anak-anaknya Syasya dan Faiq di Pontian. Beliau juga menempah Krim Puff, Eclair dan Blueberry Cheese Tart.






Krim Puff dan Apam Polkadot

Order dari Izza dari Muar untuk Candy Buffet majlis perkahwinan adiknya.





Mini Pavlova

Alhamdulillah.... order dari Emma Tahir sebanyak 250 packs tapi sayang saya terlupa nak ambil gambar bila dah siap disebabkan terkejar-kejar hendak menghantarnya.



Apam polkadot

Apam polkadot order dari Puan Nazatulshima.  Beliau minta saya buatkan karipap daging tapi saya tak sempat jadi saya subcon pada adik ipar saya.

Terima kasih Aja.






MIni Pack Tiramisu dan Steam Red Velvet Cake

Assalamualaikum,

Order dari Cikgu Suryani, terima kasih cikgu.