Monday, June 16, 2014
Kek Perkahwinan / Wedding Cake
Tempahan kek perkahwinan dari Ainaa Farahin Kamal untuk majlis perkahwinan sepupunya di Semerah, Batu Pahat. Kek Coklat dengan steam buttercream dan 30 pcs cupcakes
Apam Polkadot
Order ini datang dari Radiah Khalid, beliau order 150 pcs apam polkadot untuk majlis kenduri di kampungnya.
Kek Hari Lahir / Birthday Cake
Order ini datang dari rakan kerja tempat lama Sabri untuk majlis hari lahir anaknya. Rainbow Cake with Cream Cheese Frosting.
Kek Hari Lahir / Birthday Cake
Assalamualaikum,
Order ini atas permintaan Haniza dari Kajang untuk tunangnya Arif di Yong Peng, dia nak buatkan suprise untuk tunangnya. Red Velvet Cake dengan Cream Cheese Frosting.
Monday, June 9, 2014
Kek Hantaran dan pelbagai
Tempahan ini saya terima dari Siti Farhah untuk majlis perkahwinannya kek hantaran, krim puff, eclair dan apam polkadot.
Kek Perkahwinan / Wedding Cakes
Tempahan ini dari saya terima untuk majlis perkahwinan Areel dan Diha di Dewan Parit
Raja. Terima kasih ya.
Raja. Terima kasih ya.
Sunday, June 8, 2014
Birthday Cake dan Krim Puff
Krim Puff
Tempahan ini saya terima dari orang yang sama Dalilah Jamian. Pertama 125 pcs dan yang kedua 100 pcs.
Kek Hantaran
Assalamualaikum,
Syukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki yang diberikan, terima kasih juga kepada pelanggan saya yang sudi menempah dari Saliha Sweet Home Cake. Kepercayaan anda semua menjadi kekuatan kepada saya untuk lebih berusaha.
Tempahan kali ini saya terima dari Afifah Intan, beliau menempah cup cakes hantaran untuk majlis pertunangan jirannya dengan tema warna JDT. Terima kasih
Sunday, June 1, 2014
Krim Puff dan Eclairs
Alhamdulillah... dapat juga saya menyiapkan update blog saya ini. Blog saya tidaklah secanggih otai-otai yang memang pakar dalam bidang bakery seperti Azlita Masam Manis. Saya hanyalah seorang blogger yang baru sahaja menceburi bidang ini. Hasil kerja tangan saya tidak secantik mana masih dalam belajar lagi. Saya memegang satu motivasi "AN ERROR MAKES US TO BE PREFECT" begitulah kata-kata orang yang tak seberapa pandai ni. Saya juga percaya ini semua pinjaman dari Allah sahaja.
Syukur ya Allah atas pemberian yang tidak ternilai ini.
Untuk entri yang terakhir order dari sahabat saya Saadah untuk minum petang katanya.
Syukur ya Allah atas pemberian yang tidak ternilai ini.
Untuk entri yang terakhir order dari sahabat saya Saadah untuk minum petang katanya.
Kek Hari Lahir / Birthday Cakes
Alhamdulillah.... tempahan ini saya terima dari Faezah untuk majlis hari lahir anak-anaknya Syasya dan Faiq di Pontian. Beliau juga menempah Krim Puff, Eclair dan Blueberry Cheese Tart.
Mini Pavlova
Alhamdulillah.... order dari Emma Tahir sebanyak 250 packs tapi sayang saya terlupa nak ambil gambar bila dah siap disebabkan terkejar-kejar hendak menghantarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)